27 September 2014

terkadang sakit


kalau malam tiba yang sepastinya
aku dengan segera mencari lorong lorong kecil 
yang sempit supaya yang tinggal hanya
aku dan selubang kecil pancaran cahaya
tak perlu terbit besarnya keindahan sinarannya
aku sudah lali di sajikan dengan beribu ribu
cahaya nya kononya boleh menyembuhkan
pelbagai jenis jenis perasaan yang setibanya datang
tanpa di undang

sepastinya dan setepatnya aku 
tahu yang kuat ini hati bila
hangat itu tiba dengan nada yang aman
dan sepastinya aku menongkat dagu ini
termenung seperti tenang itu tidak akan berubah 
menjadi kacau bilau yang 
meranapkan segala aspek pemikiran yang di binakan

terkadang sakit itu tiba bila bila masa
tanpa aku undang boleh
membolosi segala kelemahan kelamahan 
biar pun kecil nya sebesar kuman
dan pastinya bakal melarat kembang menjadi sebesar sungai
mahupun lautan yang tiada penghujungnya

dan sekali lagi aku terdampar sakit
kini yang aku tahu angin ini kembali sepi 

terima kasih sudi membaca :))

No comments:

Post a Comment

>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))