01 May 2016

HIKAYAT SI PAHLAWAN KECIL #1

masih aku ingat
segarnya seakan semalam kita bertemu
berlegar legar tarikh keramat
8/8/2014

kau SI PAHLAWAN
yang berTOMPOKAN HITAM
bertanahkan KEPUTIHAN
dijodohkan aku dengan engkau
oleh tuhan yang mendengar rintihan

kau dan aku
dipertemukan di bulan mulia
dimana manusia yang beragama islam
menyambut hari raya
lalu segera aku namakan
engkau 
SYAWAL

masih ingat lagi pertemuan pertama , dimana kau langsung tidak di ajar
ketakutan terhadap manusia , malah paling menyedihkan
kau hanya sehelai sepinggang tanpa ibu susuan
menghampiri rumah ke rumah manusia tanpa izin tuan rumah 

aku lihat kau seperti sesat mencari jalan pulang ke rumah
malah anggapan aku ternyata salah
kau makhluk tuhan yang seperti sudah biasa
keluar masuk rumah orang

kau menghampiri semua tanpa bunyi ketakutan
timbul dalam hati
"eloklah aku jumpa kau , aku pun dah lama mengindam nak di temani sahabat dari golongan kau"
tanpa rasa takut aku menghampiri , well biasa la aku pernah bela golongan seperti kau
jadi aku bukan manusia yang takut dengan cakaran kau

aku mula membuka bicara , menyapa kau dari mana
tetapi kau bertindak hyper menyambut aku dengan cakaran
yang kononnya akan membuatkan aku lari takut

tidak sama sekali , aku tahu kau manja
kerana dari susuk tubuh badan kau yang kecil
kau hanya mahu bermain dengan sesiapa
itulah satu sifat kau yang neutral saat diciptakan
tuhan dimuka bumi ini

aku layankan je , memandangkan aku memang suka bergurau 
dengan kekasaran manja kau itu
kau seperti terlihat mesra dengan balasan gurauan aku
malah kau menjadi jadi menjamah 
tangan dengan rakus dengan gigitan manja
aku biarkan aja 

tetapi dari segi gigitan kau terhadap tangan aku
kau seperti tiada adik beradik lain
ataupun kau sudah terpisah lama dari mereka semua

malah terdetik hati aku untuk
mengambil kau sebagai anak sementara
ataupun gelaran mesra
sahabat makhluk golongan berbeza

kau hamba , aku juga sama
tiada beza
jadi buat apa aku mahu asingkan kau dengan dunia

jadi aku memulakan bicara dengan kawan
"kau punya ke ?"
dengan muka yang pelik kawan mula membalasnya
"bukanlah , mana aku tahu , dia tiba tiba ada , datang masuk suka suka dia je"

jadi semakin kuat lagi hati berkata
kau dipertemukan aku
jodoh aku 
jadi dengan sesegera aku mengambil keputusan
untuk membawa engkau pulang bersama

untuk kau menjadi sahabat aku di kota raya
peneman duka dan lara
pemecah kesedihan dan kesepian yang sering tiba
TERIMA KASIH TUHAN
ATAS ANUGERAH TERINDAH INI
AKAN KU JAGA
DAN TIDAK SESEKALI KU CELA
SI PAHLAWAN KECIL
SYAWAL !
(gambar pertama si pahlawan kecil)
END #1
tbc

terima kasih sudi membaca :))

No comments:

Post a Comment

>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))