26 October 2015

lumrah hidup manusia


terkadang rindu itu datang dari pelbagai sudut
tak menentu masanya
tak menentu tempatnya

boleh jadi rindu itu timbulnya dari sudut padangan benda
benda yang tidak berperasaan dan tidak bertindak balas
selagi kita masih menatapnya
selagi itu rindu itu ada

seperti aku yang terkadang tak pernah lari
dari merindui
dan terkadang terlintas di benak fikiran
adakah diri ini dirindui

sedangkan syawal yang tiada di rumah
aku sudah rindu
kerana setiap perlakuan yang sering disajikan
membuatkan aku selesa dan bahagia

apatah lagi jika berpisah dengan 
gajet yang sering aku hadap
mungkin bukan aku saja
tapi semua manusia tercipta
perasaan ini juga

rindu terbahagi kepada dua
antara perindu atau dirindui

setiap manusia yang dirindui 
mungkin akan senang menghadap situasinya
kerana mereka dirindui
dan bukannya mereka merindui

mereka boleh belagak seperti biasa
jalani hari hari biasa
dan kadang kadang mereka 
datang dan pergi sesuka hati saja

mereka bukan kejam terhadap perindu yang merindui mereka
cuma mereka tidak sedar terkadangnya
atau pun mereka berfikir
mungkin masa itu panjang 
dan bila bila masa boleh
melaksanakan hajat perindu yang merindui mereka

menjadi perindu pulak
perlu tabah menjalani hari hari mereka
kerana mereka terpaksa
menahan semua rindu yang secara tiba
datang semasa mereka
melakukan apa apa jua
aktiviti yang berkait dengan orang yang mereka rindu

mungkin juga mereka seorang yang
mengambil berat tidak kira masa
dan sakit nya mereka
bila orang yang mereka rindui
seperti biasa
kerana manusia pernuh dengan persaan
yang tidak dapat dijangka

kita mungkin nampak siapa yang perindu kita
kerana setiap rindu itu pasti diungkapkan
dengan kata kata yang mudah
tetapi perlu ingat 
perindu tiba sentiasa
bukan mereka yang ingin menjadi perindu
tetapi mereka mempunyai sifat
untuk menjadi perindu
mungkin terkadang rimas dengan perindu 
yang sering kali tiba untuk
menghubungi kita

tetapi percayalah
bukan mereka yang minta
tetapi kerana sayang yang kuat
dalam sesuatu ikatan
rindu itu tiba dengan kerap sehinggakan mereka akan
merasa puas sekiranya dapat melepaskan rindu mereka

terkadang aku sering menjadi perindu yang secara tiba
tetapi aku padatkan fikiran dengan aktiviti yang berguna
positifkan minda dengan sesuatu alasan yang berguna
supaya aku tidak tertimbus lantas mengakibatkan 
sesuatu yang tidak ingin
aku inginkan

terkadang merasa perlu padang kehadapan
dan lupakan semua yang dirindui
move on and forget all about them
make new friend
make new love
miss another thing or person

tetapi
malang nya
takut itu tiba
kerana
TAKUT UNTUK KEHILANGAN DENGAN TIBA TIBA
SEKIRANYA KITA MENDIAMKAN DIRI DENGAN AGENDA YANG LAIN
DAN SEKIRANYA KITA BERHENTI MERINDUI
DAN BERHENTI MENGAMBIL BERAT DENGAN SEMUA
RINDU YANG TERCIPTA

"manusia berubah , dan terkadang perubahan itu akan mengakibatkan hati terluka"

sekiranya kita masih mahu ditempat yang sama
silakan dan sentiasa positifkan diri
MANUSIA BERBEZA TIDAK SAMA




terima kasih sudi membaca :))

No comments:

Post a Comment

>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))