03 April 2014

bila tiba aku merasa


kadang kadang aku terasa
tetapi aku buat buat macam itu gelak tawa

kadang kadang aku terasa
tetapi aku buat macam itu lawak jenaka

tetapi kadang kadang aku terasa
aku tak tersengaja tersimpan di celah celah luka
tapi tiada mengapa aku mampu untuk tahan sakitnya
kerana kecil sahaja 

tetapi tidak sangka semua tersimpan
telah membuat hati ini murka
mungkin kerana aku selalu bersenyum sahaja
padahal aku hari hari pinta supaya rasa ini lenyap dari pelusuk dunia

seterus seterusnya aku kembali semula
sebagai seorang yang nampak macam bahagia
tetapi hanya palsu belaka
tidak mengapa buat apa nak merana
"AKU ADA KAWAN KAWAN UNTUK BAHAGIA"
itu aku selitkan di luka luka yang selalu terbuka
kerana kata kata penyejuk inilah
aku berjaya melupakan semua sakit jiwa

tetapi tak semua sakit yang tak sengaja tersimpan di dada
tak boleh di ulang ulang merasa
kadang kadang sengaja tidak sengaja semuanya tiba
sebab terlalu lama sangat aku senyum gelak tawa
kini tiba masanya semua yang tersimpan lama
tak terjaga dan akhirnya meletus kerana tak tahan menjaga
dan jangan tanya kenapa aku bukan seperti seperti dulu kala

sumpah penat menjaga , hati aku sapa nak jaga ?
engkau ? sekejap sahaja kau jaga , lepas tu kau buat buat tak cara 
sumpah penat buat manusia gelak tawa , gelak aku siapa nak cipta ?
engkau ? sekejap sahaja kau cipta , tak bertahan lama hanya seketika
sumpah penat berkorban walau aku sakit kepala , tetapi letih aku siapa yang nak rawat ?
engkau ? sekejap sahaja kau rawatinya , terpaksa aku berlakon semua senyuman dan gelak tawa

sumpah kali ini sahaja , kali ini sahaja
aku pinta sedikit sahaja tak mengapa
supaya boleh aku cipta bekalan bila semua duka duka lain tiba
tolong ciptakan sebahagianya , supaya aku ingat siapa ! , aku ingat siapa !
aku ingat siapa engkau ! , adakah perlu aku bangga bangga 
atau sekadar persinggahan gelak tawa


terima kasih sudi membaca :))

No comments:

Post a Comment

>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))