
kau bengal kenapa ?
menuduh semacam membabi buta
bila bedegap mula la kau buka persada arena
nak tentukan siapa tuah dan jebat
tidak perlula
buat sakit anggota sahaja
calar semua kau ingat hebat
tiada langsung badelau nya
dedah pangkat bahawa kau sempurna
tapi kau kena tahu
pencipta kau satu satunya yang sempurna
lasak dan kecoh kau pada semua
bila kau menang di arena sana
weyh sini malaysia bukan negara orang putih
kita melayu takkan nak bertekak
macam mana melayu nak bangkit
kalau baru silap kecil semut
kau dah istihar perang dunia keseribu
gharib aku dengan melayu
nak jatuh sama sama , daki sama sama
tapi kenapa benih diri gangster
kalau gangster islam tidak mengapa
ini gangster taik kucing
orang luar gelakkan saja
malaysia ini semacam jenaka
saat semuanya orak-arik
tak tahu kenapa semua nak jadi
gangster
tolong lah zaman remaja
malaysia perlu tranformasi
jangan hanya propaganda sahaja
ibu bapa jangan juga silengah anak mereka
lahirkan la golongan inteligensia
bukannya gangster sini sana
tolonglah jangan jadi BEBAL !




No comments:
Post a Comment