30 June 2015

untuk setiap kalinya


setiap kali meluah apa yang terpendam
tidak semua yang menerima membalasnya

dan terkadang yang menerimanya
tidak disertakan dengan nasihat kata semangat
dan lebih kejam lagi diselitkan
dengan nada yang tiada bunyi

"HANYA DIAM"

tidak semua manusia
hatinya terbuka sentiasa untuk
menerima keluhan hidup manusia yang lain

seperti yang tertulis
setiap manusia pasti mempunyai masalah

tetapi sampai bila ia ingin di simpan 

terkadang manusia yang kuat menyimpan
pasti kuat untuk menerima
tetapi tidak kuat untuk mengeluarkan kata kata
keluhan resah yang tersimpan

terpulang kepada mereka
untuk menerima keluhan kata manusia yang lain
ataupun untuk mendiamkan diri
kerana buntuh untuk mengeluarkan kata kata

tetapi seeloknnya
"TENANGKANLAH MEREKA"

sekiranya kita yang mereka cari
itu bermaksud bahawa mereka percaya
kita lah penghibur hati mereka

sekiranya terkelu lidah untuk membimbing mereka

maka 
"HIBURKANLAH HATI MEREKA"
sementara mereka masih memerlukan kita 

terima kasih sudi membaca :))

No comments:

Post a Comment

>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))