08 October 2013

kisah papa mama bodoh

kalau dulu mama dengan papa bodoh
serasanya cuma ada dial up
sikit sikit terputus macam tak berguna
itupun kalau kaya 
yang papa kedana
lilin sahaja peneman membaca
bulan depan ujiannya
sebulan tak henti henti membaca

kalau dulu mama dengan papa bodoh
serasanya mana mana ada sekeping laptop
yang ada sekotak cpu yang 
kalau sekarang orang dah tayang dekat muzium
itupun untuk yang kaya
yang papa kedana guna apa
sekeping buku teks yang diulang guna

kalau dulu mama dengan papa
nak seret mouse bebola bulat pun
mengunakan slow motion effect
apatah lagi nak bukak
icon E
tunggu loading
berjam jam
hasilnya ERROR

kalau dulu mama papa
tak berbual topik dunia dunia maya
semua sumber cari dari petikan petikan buku pinjaman sahaja

tapikan mama dan papa yang bodoh boleh berjaya
walaupun tanpa mengunakan internet
mana ada putus asa
besar godang je anak anak dia

kalau mama dan papa dulu tak bodoh internet
ilmu tu dia kejar tak kira masa
salah sikit google , salah sikit google
hari hari mengetik
mana ada letih

dulu mama papa menulis
sekarang anak anak menaip saja
mana letih cuba teka ?

dulu mama papa guna buku teks
sekarang anak anak dah berleluasa dunia maya
mana satu boleh guna tak kira masa ?

kalau bagi mama papa sekarang jasad kita
semua jenis ilmu kat youtube dia selongkar
kalau bagi mama papa sekarang jasad kita
semua jenis ilmu kat google dia baca

yang kita cuma
ketawa bila ceria
tekanan bila tugasan tiba

tapi kita tak sedar mama papa 
menangis tapi dia berjaya besarkan kita
kita baru sikit berat tiba
melalak macam tak cukup nyawa

kalau la mama dan papa tidak bodoh
tentu dorang berjuta ilmu di dada 

terima kasih sudi membaca :))

No comments:

Post a Comment

>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))