pertengahan aku sahaja
aku cuba membina
malah binasa
aku cuba percik api cahaya
tapi hasil arang kayu tak bernyawa
apa aku
di sebalikanya
sebahagian bercinta
sebahagian kawan biasa
hindarkan semua
tidak lama
abaikan semua
sekejap sahaja
aku apa ?
aku cuba tepis sedihnya
tawanya sementara
sampai bila
sampai melihat semuanya bahagia
baru penamatnya tercipta
aku tidak berada di sebaliknya
mungkin aku hilang selamanya
harap bertahan ini untuk setengah sahaja
jangan hilang
nanti aku bukan diri aku
aku bukan yang tercipta gembira
terima kasih sudi membaca :))
>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))
No comments:
Post a Comment