antara cinta dan sahabat
saat timbulnya cinta
terbitnya air mata
saat timbulnya sahabat
terbitnya belot dalam jiwa
mana satu mahu jumpa
disana indah sinar
di sini bahagia tercipta
saat disisi cinta
mereka mula mengata
saat disisi sahabat
cinta mula bermadah hinanya
pening
mahu lari aku terjunam
serabut
mahu lari aku tandus dalam kata
mereka menghina
katakan aku pentingkan cinta
dia mengata
katakan aku pentingkan sahabat sahaja
mana mahu muncul adilnya
kalau bukan aku cipta
mana mahu muncul adilnya
kalau bukan aku reka
mahu saja bahagi dua jiwa
satu untuk mereka
satu untuk cinta
tapi sini bukan surga
minta saja dikotakan pencipta
buang taksub cinta
takut merana tiada mereka
buang keluar bersama
takut merana sang cinta
mungkin perlu di imbangkan
agar timbangannya sekata
tidak lebih ke sini dan sana
hanya pertengahan
agar tiada siapa siapa terluka
agar tiada siapa siapa mengata
terima kasih sudi membaca :))
>
HAK CIPTA TERPELIHARA HANIF NADRI :))
No comments:
Post a Comment